Monday, March 17, 2008

Kelibat Hantu Pocong?

Kelibat pocong di surau?
Jika difikirkan, masjid atau surau merupakan tempat suci untuk kita melakukan amal ibadah, bersembahyang yakni mengabadikan diri kepada tuhan yang esa. Selain itu, ada juga surau atau masjid yang digunakan untuk memandikan jenazah atau sebagai tempat menyimpan keranda. Tetapi berdasarkan foto di atas yang di ambil pada waktu malam, kelibat hantu yang berkemungkinan pocong kelihatan telah muncul tidak jauh di belakang seorang lelaki yang sedang khyusuk membaca doa. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pelik!

Pocong terbang?
Gambar hantu terbang yang telah berjaya dirakam pada waktu malam. Tapi sekali imbas macam Pocong pun ada. Bagaimana ianya boleh berada di situ, segalanya tidak pasti. (P/s:Walau bagaimana pun ianya sukar dipercayai)

Roh bangkit
Alkisahnya terdapatlah sebuah cerita mengenai seorang manusia yang suka berhutang. Pabila kehabisan wang, dipinjamnya wang daripada sekalian saudara, sepupu dan juga teman rapatnya yang dikenali juga teman rapat yang kurang dikenali. Pelbagai pujuk rayu digunakan untuk dijadikan alasan agar keinginannya dapat dicapai. Dan hinggalah suatu ketika dia mati meninggalkan hutang keliling pinggang yang pastinya belum terbayar. Rohnya bangkit ingin melunaskan segala hutang dan memohon seribu kemaafan sedangkan segalanya sudah terlambat kerna jasadnya telah terputus hubungan dengan alam dunia yang pastinya sementara. Akibatnya roh itu terseksa sepanjang masa di alam maya mencari sinar yang tiada destinasi dalam menuju ke alam yang sebenarnya. Walaubagaimana pun, cerita ini tidak semestinya mempunyai kaitan dengan gambar di atas. Moral dari cerita ini, janganlah suka berhutang, kerana jika tersilap langkah sikap tersebut boleh mendatangkan akibat yang sangat buruk. Fikirkanlah sendiri.

No comments:

:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Jangan Di "Klick" Merbahaya

Powered By Blogger