Sunday, February 24, 2008

Kelibat Pontianak

Pontianak di air terjun? Seperti yang kita tahu, hutan sememangnya keras dan banyak penunggu lebih-lebih lagi di kawasan yang mempunyai air terjun. Itulah yang dapat di ambil oleh seorang pengembara tatkala waktu siang. Oleh itu berhati-hatilah semasa di kawasan hutan kerana, sekiranya kurang semangat atau tersilap langkah malang pasti menimpa. Gambar aneh ini dirakam dan diperoleh dari negara seberang. Ianya memaparkan kelibat seorang wanita yang memerhati sedang berdiri di atas puncak luahan air terjun. Namun tidak dapat dipastikan dengan jelas wajah wanita misteri itu. Persoalannya siapakah wanita misteri itu? Adakah ianya pontianak atau mungkinkah itu makhluk bunian yang menjaga kawasan tersebut? Apakah tujuan kemunculannya? Anda fikirkanlah sendiri

Siapakah di belakang? Cuba lihat gambar di atas. Si kawan kesyokkan bermain gitar tapi di suatu sudut bilik di dalam rumahnya terdapat kelibat seorang wanita yang rupanya kurang jelas sedang memerhati. Kelibat wanita tersebut seakan-akan pontianak. Kata orang tua-tua, jikalau terhidu bau busuk atau harum semerbak secara tiba-tiba terutamanya pada waktu malam, bermakna anda di kunjungi seseorang. Tapi, persoalannya, adakah rumah yang si kawan ini tinggal berhantu? Kalau benar, maka tidak syak lagi..

Seram, memang seram. Menurut kisah orang tua-tua, pabila seorang wanita yang baru beranak / bersalin, mereka tidak boleh ditinggalkan berseorangan di rumah. Sebab bau darah mereka boleh di hidu oleh makhluk halus lebih-lebih lagi pontianak. Sebab itu juga, tembuni (tali pusat bayi baru lahir) di buang jauh dari rumah samada di gantung di tempat tinggi, di hanyutkan di laut atau di tanam jauh ke dalam tanah. “Awas” dengan kemunculan pontianak kerana ia boleh muncul di mana-mana yang pastinya meremangkan bulu roma tatkala anda merenung wajahnya di atas.

No comments:

:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Jangan Di "Klick" Merbahaya

Powered By Blogger