Wednesday, March 19, 2008

Pendahuluan Kata


"Assalammualikum dan salam sejahtera"

Terima kasih kerana sudi melayari laman blok untuk paparan gambar-gambar hantu dan jin yang menarik dan seram ini. Blok ini diwujudkan atas permintaan ramai dan apa yang disiarkan mungkin akan mencabar kepercayaan anda. Foto-foto yang disiarkan ini kebanyakkanya diambil secara kebetulan atau tidak sengaja.
Kita sering mendengar cerita dan kisah-kisah hantu di mana-mana saja, tetapi persoalannya benarkah hantu wujud? Pernakah anda melihatnya? Apakah bukti kebenaranya? Percayakah anda dengan kewujudannya? Persoalan sebeginilah yang sering bermain diminda kita.

Dalam kepercayaan bermacam-macam jenis agama dan apa jua bentuk kitab, hantu, jin, orang bunian, makhluk halus, roh dan iblis sememangnya telah lama wujud. Namun hanya orang yang bernasib baik serta orang yang tertentu sahaja pernah melihatnya. Mengikut teori sains, hantu / jin wujud dalam 2 unsur iaitu api dan angin. Dari sudut Islam pula, hantu / jin mempunyai perasaan, semangat, nafsu dan akal fikiran tetapi tidak mempunyai jasad.
Dan apa yang pasti hantu dan jin berkebolehan wujud dalam pelbagai bentuk rupa. Bagi mencari kebenaranya pelbagai kajian, teori dan andaian di buat oleh sesetengah pihak yang terlalu professional atau extremis. Hasilnya, yang pasti peralatan seperti kamera video dipercayai boleh memberikan jawapannya kerana ia berkebolehan melihat apa yang tidak nampak oleh mata kasar manusia. Itulah sedikit sebanyak rentetan kisah – kisah jin dan hantu.
Blok ini bukanlah bertujuan menyinggung perasaan sesetengah pihak atau sesiapa sahaja yang menontonnya, adapun, ianya secara kebetulan sahaja. Semua ini khas untuk tatapan anda dan anggaplah ianya sekadar hiburan dan ilmu pengetahuan yang berguna buat kita semua sebagai sudut renungan serta iktibar untuk menghadapi masa-masa akan datang.

Terima kasih, silalah layari laman web ini dimasa-masa akan datang kerana bahan ceritanya pasti akan lebih menarik dan di jamin akan sentiasa bertambah. Yang baik dijadikan teladan buruk jadikan sempadan. Semoga terhibur daripada saya Ewey. Terima Kasih kepda anda semua…Jumpa lagi!”

No comments:

:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Jangan Di "Klick" Merbahaya

Powered By Blogger