Sunday, February 17, 2008

Hantu Asap

Cuba perhatikan betul-betul pada 2 gambar di atas. Walaupun kurang jelas, tetapi kelihatan seolah-olah terdapat sesusuk tubuh yang mempunyai seakan-akan 2 wajah macam manusia. Jika di lihat dengan mata kasar keadaan sebegini memang tidak akan kelihatan atau mungkin kita tidak perasan. Sekiranya difikirkan memang tidak logic tetapi itulah hakikatnya. (P/s:Jangan asap rokok, sudah)
Gambar menunjukkan nahas ngeri kemalangan di jalanraya. Terdapat seolah-olah roh yang sedang berkeliaran ketika gambar ini di ambil. Adakah itu gambar roh mangsa kemalangan jalanraya yang melalui saat kematian mengejut. Atau kesilapan teknikal jurufoto ketika gambar ini sedang di proses?
Gambar ini telah di ambil di sebuah bangunan lama. Jika diamati kelihatan sesusuk tubuh yang sedang berdiri pada permukaan tangga. Namun, gambar tersebut tidak dapat di pastikan kebenaranya kerana ia sudah terlampau lama.

Inilah di antara gambar sebenar yang dapat dilihat pada seorang wanita yang sedang duduk di atas tangga. Cuba perhatikan bayangan hantu itu saling bertentangan mata dengan wanita itu. Tapi yang hairan macamana wanita tu bole tahu hah? (P/s: Tanyala wanita tu)

Kalau anda perhatikan pada kedudukan rumah ini pastinya tiada apa-apa yang ganjil. Tapi jangan silap, kerana gambar yang biasa jarang adanya penampakan sebegini. Kajian oleh aktiviti-aktiviti paranormal barat pada rumah-rumah kosong yang ditinggalkan atau yang berhantu, mendapati banyak menunjukkan hasil gambar-gambar sebegini. Penampakan bayangan keputihan. Kebanyakan mereka beranggapan itu adalah gambar roh atau semangat orang yang telah mati tidak kurang juga ada sesetengah pihak yang mempertikaikanya. Kononya mereka menyatakan itu adalah habuk rumah, debu atau kilauan pantulan cermin ketika foto diambil. Perdebatan mereka mencetuskan jawapan yang tidak pasti sehingga kini. (P/s: Jadi anda dipihak mana?)

No comments:

:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Jangan Di "Klick" Merbahaya

Powered By Blogger