Ketika gambar ini diambil, wanita ini dipercayai tidak menyedari ada kelibat manusia dibelakangnya. Tetapi pabila gambar ini telah siap diproses, kelibat kepala manusia pula kelihatan. Konon dari cerita, tempat tersebut telah banyak memakan nyawa, 14 orang telah meninggal dunia akibat lemas dan terperangkap di bawah dinding air terjun yang terlalu dalam. Kata orang tua-tua jangan bermain di kawasan yang keras seperti di kawasan air terjun atau di kawasan kolam dan sungai yang ada orang mati lemas. Kawasan tersebut sememangnya berpenunggu dan merbahaya. (P/s: Dan kalau anda tersilap langkah, anda telah membawanya ke rumah anda tanpa disedari)
Lembaga atau Jembalang?
Lembaga di air terjun. Itulah yang dapat disimpulkan dengan gambar di atas. Kehadiran sesusuk tubuh lembaga yang amat besar sedang berdiri di belakang beberapa orang pengunjung. Mereka langsung tidak menyedarinya. Sehingga gambar ini diperoleh barulah mereka sedar yang mereka dihampiri oleh satu lembaga gergasi. Tapi, kehadiran lembaga itu bukanlah untuk menganggu atau menakutkan mereka tetapi mungkin sekadar tumpang sekaki. Orang kata, itu hantu raya, tapi menurut cerita orang tua-tua pula, itu adalah makhluk halus atau orang bunian yang menjaga kawasan tersebut. Sebab itu kita mesti berhati-hati terutamanya semasa berada di dalam hutan kerana golongan ini sentiasa berada di mana-mana. (P/s: Jangan-jangan itulah Bigfoot)
Wajah Air
Gambar ini di ambil dari Indonesia. Melihat pada tempat ini memang keras. Lihat saja Juru foto tidak nampak jelmaan yang besar di depan mata....lihat di air terjun yang turun seolah-olah berbentuk wajah...itu lah diantarannya jin yang ada...dan sememangnya ia ada di mana-mana apatah lagi di tempat-tempat yang terpencil yang sebegini....Ingat” ini bukan kamera trick. Awas dengan kejahatan jin dan iblis. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan pelbagai jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati dengan kawasan sekeliling kerana ada mata memerhatikan anda ... Manakala, syaitan pula untuk merosakkan akidah manusia setelah tewasnya syaitan melalui penciptaan manusia yang abadi. Kata orang jangan bersahabat, dengan jin atau syaitan ...kenapa? faham-faham sajalah… (P/s:’awas’ MANUSIA SYAITAN memang banyak sekarang, tidak kurang juga dengan manusia yang bertopengkan syaitan)
Ini gambar dari Indonesia. Sekali imbas saja mungkin anda telah perasan bahwa pada gambar tersebut adanya bayang yang kelihatan ganjil lagi aneh. Ini diyakini bukanlah gambar yang disunting menggunakkan perisian berkomputer atau mana-mana system super editing yang canggih tetapi memang gambar yang sebenarnya terjadi tatkala waktu siang iaitu di sekitar anak sungai. Jangan silap, seperti juga manusia berjalan pada waktu malam, hantu dan jin juga berkeliaran pada waktu siang. Kalau anda perhatikan terdapat bayangan berwajah manusia mendekati si kawan yang berbaju hitam. Siapakah itu? (P/s: Faham-fahamlah).
No comments:
Post a Comment