Tuesday, January 29, 2008

Hantu Jalan

Penampakan kelibat aneh
Kelibat siapakah itu? Gambar yang dirakam pada waktu siang hari ini, sekali imbas tiada ada yang pelik berlaku. Tetapi tahukah anda, bahawa di sebalik wajah-wajah remaja dan kanak-kanak riang ini, adanya kelibat tubuh yang dipercayai tidak diundang. Berambut panjang dan berjubah putih muncul di siang hari. Tetapi wajahnya tidak pula kelihatan. Ianya mengundang persoalan bahawa siapakah wanita misteri itu? (P/s:Seperti juga manusia merayau di tengah malam).

Kelibat aneh
Cuba anda perhatikan betul-betul gambar di atas. Percayakah anda dengan apa yang anda nampak? Seorang lelaki sedang berdiri sambil memakai topi keledar di sebelah seorang wanita di dalam kumpulan ini. Kelibat tubuh yang ganjil lagi aneh pastinya mencetuskan tanda tanya dari manakah ia datang. (P/s:Kata orang tua-tua, jangan bergambar pada waktu malam lebih-lebih lagi di kawasan yang bekas kemalangan/accident, betul ke tidak? Entahlah!).

Siapa?
Suatu hari seorang pemandu teksi telah menjalankan kerja rutin harianya. Tetapi kali ini pada waktu tengah malam. Sedang dalam perjalanan di suatu lorong yang sunyi sepi dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa, tiba-tiba dia ditahan oleh seorang wanita di tepi jalan. Sebagai pemandu teksi, dengan perasaan takut, dia pun menumpangkan wanita itu tetapi tidak pula bertanya ke mana wanita itu hendak turun. Dalam perjalanan dia tercium bau kemenyan dan sesekali bau yang teramat busuk. Dia tahankan saja. Tiba-tiba wanita itu minta berhenti untuk diturunkan. Si pemandu pun hairan, dilihatnya kawasan sekeliling adalah tanah perkuburan. Dan wanita itu pun hilang ditelan kegelapan malam yang pastinya meremangkan bulu roma. Dengan perasaan takut si pemandu yang mencapai tahap paling maximum, dia pun memecut laju jauh meninggalkan kawasan tersebut. Itulah sedikit sebanyak kisah benar tentang rentetan peristiwa yang pernah terjadi ketika waktu malam dan wanita itu tidak mustahil serupa dengan gambar di atas. (P/s: Pandai ko kelentong, aku pun takut sekarang ni…)

No comments:

:.

Inginkan info menarik dan terkini? Google search pasti membantu :
Google

Jangan Di "Klick" Merbahaya

Powered By Blogger